PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA PETI SEJUK DAN BARANGAN ELEKTRIK DI RAWANG PADA 03 JUN 2025

normuhamad 30/06/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA PETI SEJUK DAN BARANGAN ELEKTRIK DI RAWANG PADA 03 JUN 2025
Tahun
2025
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
RAWANG

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menerima satu aduan melalui sistem e-Aduan dengan nombor rujukan Pegawai-2025-01666 berkenaan aktiviti pembakaran terbuka yang disyaki berpunca daripada sebuah kedai yang menjual dan membaiki peti sejuk terpakai. Pasukan JAS Cawangan Gombak telah turun ke lokasi berdasarkan maklumat awal yang diberikan, namun lokasi tersebut tidak dijumpai. Selepas menghubungi semula pengadu untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat, lokasi sebenar telah dikenalpasti sebagai premis Rahman Hamid Enterprise, iaitu sebuah kedai membaiki peti sejuk, mesin basuh dan televisyen yang terletak di deretan kedai berhadapan Jalan Kuang. Semasa siasatan dijalankan di lokasi, pasukan JAS mendapati tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka sedang berlaku, dan tiada juga pembakaran bahan buangan elektronik (e-waste) dikesan di premis tersebut. Walaupun tiada kesalahan ditemui semasa lawatan, memandangkan premis berada di lokasi terbuka yang berisiko, pihak JAS akan menjalankan rondaan dan pemantauan secara berterusan untuk memastikan tiada pembakaran terbuka berlaku pada masa akan datang. Sebagai langkah pencegahan, Fail Kes (FC) telah dikeluarkan kepada pemilik kedai, Encik Rahman, yang mengarahkan agar tiada aktiviti pembakaran terbuka dijalankan di premisnya. Pemilik premis juga diarahkan supaya tidak membuang e-waste secara sembarangan dan perlu melupuskannya melalui kontraktor pelupusan yang dilesenkan. Selain itu, maklumat aduan telah dikemaskini dalam sistem e-Aduan, dan pengadu telah dimaklumkan mengenai hasil siasatan melalui panggilan telefon.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan