Penerangan
Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah dijemput sebagai Pempamer bagi Seminar Kemampanan Alam Sekitar Terengganu (SKAT 2025) anjuran Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur ( ESERI ), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) .
Seminar ini telah diadakan di Dewan Auditorium Al-Zahrawi, Hospital Sultan Zainal Abidin ( HoSZA) . Seminar ini telah dirasmikan oleh YBhg.Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh , Pengerusi Lembaga Pengarah , UniSZA . Anggaran peserta pula adalah seramai 120 orang yang terdiri daripada pelbagai sektor seperti agensi kerajaan , swasta , pensyarah dan pelajar UniSZA .
Seminar seperti ini sentiasa dialu alukan bagi bersama-sama memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara . “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama “.
#NRES
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasterengganu