PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

SIASATAN NOTIFICATION POLLUTION EVENT (NPE) 2 KE ATAS SG. LUKUT BESAR, SEREMBAN

nursyadah 03/07/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN NOTIFICATION POLLUTION EVENT (NPE) 2 KE ATAS SG. LUKUT BESAR, SEREMBAN
Tahun
2025
Organisasi
JAS NEGERI SEMBILAN
Lokasi
SEREMBAN

Penerangan

12 Jun 2025, Seremban - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca yang berpotensi menyumbang pencemaran parameter Nitrat di Sungai Lukut Besar, dimana keputusan ujian parameter tersebut melebihi had Standard Kualiti Air Kebangsaan. Siasatan dan pemantauan dijalankan ke atas sekitar koordinat pemantauan air sungai manual yang mengesan pencemaran parameter Nitrat tersebut. Selain itu, persampelan in-situ turut dijalankan di beberapa lokasi up-stream kepada koordinat tersebut termasuk pemantauan udara dengan menggunakan dron. Hasil siasatan yang dijalankan, punca tetap yang disyaki menyumbang pencemaran parameter Nitrat telah dikesan. Tindakan seterusnya ialah mengemukakan penemuan punca tetap tersebut kepada Bahagian Operasi (Unit Punca Tetap) untuk menjalankan tindakan penguatkusaan selanjutnya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan