Penerangan
4 Jun 2025, Port Dickson – Jemputan ceramah dan pameran oleh EDRA Enegry Sdn Bhd adalah bersempena Safety, Health and Environment Month.
Tajuk ceramah dan pameran adalah berkenaan pengurusan pelupusan house hold e-waste dalam memberi kesedaran bahawa pengurusan e-waste (sisa elektronik) dengan cara yang betul amat penting untuk melindungi alam sekitar dan kesihatan manusia. E-waste merujuk kepada peralatan elektrik dan elektronik yang sudah rosak atau tidak digunakan lagi, seperti telefon bimbit, komputer, TV, peti sejuk, penghawa dingin, dan mesin basuh/ pengering.
Para peserta diberikan pendedahan berkaitan kepentingan pengurusan pelupusan yang betul. Antara kebaikan yang akan diperolehi ialah melindungi kesihatan manusia, mengurangkan pencemaran alam sekitar, menjimatkan sumber melalui kitar semula logam berharg dan mengelakkan pembaziran sumber elektronik yang masih boleh digunakan. Selain daripada itu, usaha membudayakan ‘cradle to cradle’ akan terus diamalkan dalam meminimakan penghasilan buangan terjadual melalui proses pemerolehan kembali.