PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

PENGAWASAN AIR BAWAH TANAH BIL 2/2025 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN

nursyadah 03/07/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGAWASAN AIR BAWAH TANAH BIL 2/2025 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN
Tahun
2025
Organisasi
JAS NEGERI SEMBILAN
Lokasi
NEGERI SEMBILAN

Penerangan

16 Jun 2025, Seremban - Unit Kesedaran dan Pengawasan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menjalankan program pengawasan kualiti air bawah tanah ke atas empat (4) buah stesen pengawasan air bawah tanah di Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan. Program pengawasan ini dijalankan mengunakan dua (2) kaedah, iaitu secara in-situ menggunakan peralatan YSI Multi Parameter Water Quality Probe dan secara ex-situ iaitu melalui analisis kimia oleh Jabatan Kimia Malaysia ke atas sampel air bawah tanah yang telah diambil. Kualiti air bawah tanah dianalisa berdasarkan Standard Kualiti Air Tanah Kebangsaan. Sebanyak empat (4) kali setahun program pengawasan air bawah tanah yang dirancang bagi tahun 2025 yang bertujuan untuk memantau tahap kualiti air bawah tanah. Jabatan Alam Sekitar komited untuk memastikan kelestarian alam kekal terpelihara melalui program pengawasan air bawah tanah ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan