Penerangan
22 JUN 2025, KOTA PUTERI, MASAI - Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, Dato' Haji Hafiz bin Haji Ahmad telah melawat lokasi Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) disusuli Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Dr Mohd Famey bin Yusoff. Taklimat status semasa kes kebakaran diberikan oleh Komander Operasi Balai Bomba Pasir Gudang, PPgB Sarhan Akmal bin Mohamad.
Kerja-kerja pemadaman api dijalankan pihak Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia diketuai Balai Bomba Pasir Gudang dan dibantu beberapa balai bomba lain dan juga bantuan teknikal oleh HAZMAT - Balai Bomba Larkin.
Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor telah mengambil langkah kawalan meminimumkan kesan pencemaran sungai dengan memasang oil boom.
JAS turut menjalankan pemantauan kualiti udara untuk mengenalpasti kehadiran gas-gas pencemar susulan kebakaran yang berlaku. Satu unit alat pengawasan kualiti udara Multigas Analyser turut ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Seri Kota Puteri untuk pemantauan secara berterusan. Selain itu, pengawasan kualiti air turut dijalankan di beberapa lokasi terpilih.