PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel

SESI LIBAT URUS PEMBANGUNAN KAJIAN MEKANISME PELAKSANAAN PEMATUHAN PELAN TINDAK BALAS KAWALAN TUMPAHAN MINYAK SIRI 5

rosmanyah 30/06/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS PEMBANGUNAN KAJIAN MEKANISME PELAKSANAAN PEMATUHAN PELAN TINDAK BALAS KAWALAN TUMPAHAN MINYAK SIRI 5
Tahun
2025
Organisasi
Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS)
Lokasi
KUALA LUMPUR
Diskripsi
Tarikh: 20-22 Mei 2025 yang merupakan siri terakhir dibawah kajian ini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pn. Norina Frederick Sambang, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Air dan Marin. Sesi ini turut melibatkan penyertaan aktif daripada pelbagai agensi Kerajaan, agensi swasta, pemegang-pemegang taruh dan pihak perunding. Peserta-peserta adalah terdiri daripada wakil-wakil Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat, Jabatan Alam Sekitar Johor, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Jabatan Alam Sekitar Sarawak (Cawangan Bintulu), Jabatan Laut Malaysia Ibu Pejabat, Jabatan Laut Wilayah Sarawak, Lembaga Pelabuhan Johor, Lembaga Pelabuhan Klang, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Sea Hibiscus Sdn. Bhd., Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Petroleum Industry of Malaysia Mutual Aid Group PIMMAG, Malaysia Marine And Heavy Engineering Sdn. Bhd., Kerteh Port Sdn. Bhd., Lumut Fuel Terminal, PV Environment Equipment Sdn. Bhd., Pandan Technology Resources Sdn. Bhd. dan Sharina Shaukat And Partners Sdn. Bhd. Objektif sesi libat urus ini adalah untuk membentangkan semua output yang dihasilkan bawah kajian ini kepada pihak berkepentingan dalam pengurusan insiden tumpahan minyak. Output-output tersebut adalah dokumen Garispanduan Penyediaan ‘Oil Spill Response Plan’ (OSRP), ‘Standard Operating Prosedur’ (SOP) pengauditan dan Modul Latihan yang berkaitan dengan pengauditan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan