PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran,Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU OPS KHAS KENDERAAN KOMERSIAL DAN OPS OBSTACLE BERSAMA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN ZON SELATAN, JABATAN PENGANGKUTAN JALAN IBU PEJABAT, BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK ZON 3 SELATAN, PLUS SKUDAI DAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

nasir.ibrahim 03/07/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU OPS KHAS KENDERAAN KOMERSIAL DAN OPS OBSTACLE BERSAMA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN ZON SELATAN, JABATAN PENGANGKUTAN JALAN IBU PEJABAT, BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK ZON 3 SELATAN, PLUS SKUDAI DAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM
Tahun
2025
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
JOHOR BAHRU

Penerangan

19 Jun 2025, Johor Bahru – Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JASNJ) Jabatan Pengangkutan Jalan Zon Selatan (UPLR), Jabatan Pengangkutan Jalan Ibu Pejabat, Putrajaya, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Zon 3 Selatan dan Plus Skudai telah menjalankan satu operasi bersepadu Ops. Kenderaan Komersial di Hentian RnR Plaza Tol Skudai (Selatan), Johor Bahru. Seramai lima puluh enam (56) anggota terlibat keseluruhan dan seramai lapan (?? orang pegawai penguatkuasa JASNJ terlibat dengan Operasi ini. Pelbagai kesalahan telah dikesan mengikut bidangkuasa masing-masing. Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan dibawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Sebanyak 160 buah kenderaan pelbagai jenis telah melalui pemeriksaan visual dan daripada jumlah itu sebanyak 50 buah kenderaan diesel telah diuji. Daripada jumlah yang diuji, lapan (?? Kertas Siasatan Kompaun di bawah Peraturan 11(1), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Dari Enjin Diesel) 1996 dan sepuluh (10) Notis Arahan Uji Semula di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Program seumpama ini bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya terhadap kepatuhan kepada undang-undang jalan raya, malah juga memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan dalam menangani isu pencemaran udara dari punca bergerak. Orang ramai diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor ) 1987.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan