Penerangan
15 JUN 2025, BATU PAHAT - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Cawangan Batu Pahat telah menjalankan pemantauan pencemaran di sekitar daerah Batu Pahat.
Pasukan telah menemui kesan-kesan aktiviti pembakaran terbuka. Prenduduk telah diberikan AMARAN berkaitan Larangan Pembakaran Terbuka. Penduduk juga telah diberi risalah berkaitan Pembakaran Terbuka.
Pasukan juga telah membuat pemantauan terhadap premis-premis yang telah dikenakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) dan Perintah Larangan (PL) bagi memastikan premis mematuhi semua peruntukan perundangan di bawah AKAS 1974.
Selain itu, pasukan penyiasat juga melakukan pemantauan terhadap premis yang berpotensi mencemarkan alur air dan udara. Pemantauan sungai bagi kawasan penerima pelepasan effluen juga telah dibuat agar memastikan tiada pencemaran berlaku di alur air awam.