PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

BENGKEL PENGURUSAN TATATERTIB PEGAWAI AWAM PERINGKAT JAS PERAK

maizah 26/06/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL PENGURUSAN TATATERTIB PEGAWAI AWAM PERINGKAT JAS PERAK
Organisasi
JAS PERAK
Lokasi
GOPENG

Penerangan

BENGKEL PENGURUSAN TATATERTIB PEGAWAI AWAM PERINGKAT JAS PERAK Gopeng, 17-18 Jun 2025 - Ceramah berkaitan Pengurusan Tatatertib dan Gejala Rasuah dan Salah Guna Kuasa dalam Agensi Penguatkuasaan. Ceramah telah disampaikan oleh 2 panel jemputan iaitu PsK Syamil Ahmad Syuhaimi, Ketua Integriti dan Governans, KTM Berhad Bahagian Pengurusan Integriti Agensi SPRM dan PsK Muhammad Hafiz bin Yazid, Pegawai Siasatan Unit Integriti Kementerian Luar Negeri (KLN). Antara fokus utama ceramah ini adalah berkongsi maklumat berkaitan kesalahan utama dalam rasuah, impaknya terhadap organisasi serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil bagi memastikan amalan kerja yang telus dan berintegriti kepada seluruh pegawai Jabatan Alam Sekitar yang hadir. Anggota turut digesa agar bekerjasama dengan SPRM demi mencapai matlamat ke tahap zero rasuah dalam negara. Ceramah tersebut diteruskan dengan sesi soal jawab dan beberapa soalan diajukan oleh anggota. Melalui program seperti ini, diharapkan kesedaran mengenai kepentingan integriti dalam perkhidmatan dapat dipertingkatkan, sekali gus membantu dalam usaha membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab dan bebas daripada amalan rasuah. Ceramah ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah yang disempurnakan oleh En Muhammad Ridzuan Bin Mohd Alias Pegawai Kawalan Kanan JAS Perak. #NRES #hariozonsedunia2025 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_jun2025 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan