Penerangan
PROGRAM MADANI RAKYAT
13 hingga 15 Jun 2025, telah berlangsungnya Program Madani Rakyat 2025 di Lumut Waterfront, Lumut, Perak. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak berbesar hati kerana diberi peluang menyertai Program Madani Rakyat yang berlangsung dengan penuh meriah di Lumut Waterfront.
Melalui reruai pameran ini, para pengunjung berpeluang mengenali lebih dekat fungsi serta peranan JAS Perak dalam penguatkuasaan alam sekitar terutamanya dalam pengurusan buangan elektrik dan elektronik ewaste dalam memperkasakan hebahan kepada masyarakat akan bahaya pencemaran kepada alam dan kesihatan manusia.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengunjung yang singgah, bertanya dan memberi sokongan. Sokongan anda menguatkan lagi semangat kami untuk terus berkhidmat demi masyakarat di negeri Perak! ??
#NRES
#hariozonsedunia2025
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_jun2025
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari