Penerangan
Program Forum Menangani Pencemaran Udara, Menyemai Tindakan Hijau
12 Jun 2025, Ipoh - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak bekerjasama dengan Kumpulan 2 (Group A), Kursus HGF3073-Kaji Iklim dan Pusat Kaji Iklim, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI telah menganjurkan Program Forum Menangani Pencemaran Udara, Menyemai Tindakan Hijau. Panel forum jemputan adalah:
1. Dr. Mohamad Ihsan bin Muhamad Ismail (Pensyarah Jabatan Geografi & Alam Sekitar)
2. Puan Aini Oriza bt Ramli (Pegawai Kawalan Alam Sekitar Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak)
3. Dr. Nurul Aini bt Mehat (Pensyarah Fakulti Sains Kemanusiaan)
Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk memberi kefahaman dan kesedaran mendalam tentang pencemaran udara dan tindakan setiap individu dalam membendung isu pencemaran udara daripada terus meruncing.
Semoga platform ini dapat disampaikan dengan lebih meluas dan menarik minat generasi muda. Syabas diucapkan kepada pihak Universiti yang komited dalam melestarikan alam sekitar.
#NRES
#hariozonsedunia2025
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_jun2025
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari