KES MAHKAMAH JAS NEGERI PERAK
Teluk Intan, 12 Jun 2025 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah memenangi kes pendakwaan di Mahkamah Seksyen 2 Teluk Intan Perak.
Orang kena Saman (OKS) dituduh bagi kesalahan di bawah seksyen 16(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu melanggar syarat lesen no.8 dengan melepaskan efluen mengandungi parameter "biological oxygen demand" (BOD-3) sebanyak 289 mg/l yang melebihi had pelepasan yang ditetapkan (100 mg/l), parameter pepejal terampai sebanyak 4390 mg/l melebihi had pelepasan 400 mg/l, parameter ammoniakal nitrogen sebanyak 175mg/l melebihi 150mgl had yg ditetapkan, jumlah nitrogen sebanyak 244mg/l melebihi 200mg/l had dan minyak & gris sebanyak 71 mg/l melebihi had 50 mg/l parameter yg ditetapkan di dalam syarat lesen ke alur air.
Orang kena Saman (OKS) mengaku salah bagi 5 pertuduhan pada 12 jun 2025 dan di denda RM7,000 bagi setiap pertuduhan (jumlah denda rm35,000.00).
Orang awam boleh melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau e-mel ke
[email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
#NRES
#hariozonsedunia2025
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_jun2025
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari