Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak telah menjalankan Ops Gerak Bersepadu (Ops Gerak) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 17 Jun 2025 bertempat di Stesen Penguatkuasaan Serian.
Operasi ini melibatkan seramai empat pegawai dari JAS Sarawak dan lapan pegawai dan anggota dari JPJ Stesen Penguatkuasaan Serian yang tertumpu kepada penguatkuasaan pelepasan asap hitam dari kenderaan diesel di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Dari Kenderaan Enjin Diesel) 1996.
Dalam operasi ini, JAS Sarawak telah menjalankan sebanyak 50 ujian visual dari pelbagai kenderaan berenjin diesel.