Penerangan
17 MEI 2025, WP KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menyertai Program Gotong Royong Jom Bersih Bukit Bintang kali ke 23 dengan memfokuskan kepada Kempen Komuniti Bersatu Ke Arah Sifar Sisa.
Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. TPr. Siti Hanim binti Abd Rahman, Pengarah Jabatan Perancangan Bandaraya DBKL dan telah dihadiri oleh 800 orang peserta yang terdiri daripada agensi kerajaan, sektor swasta, NGO, institusi pendidikan dan komuniti setempat.
Program ini bermatlamat untuk menzahirkan pembangunan lestari dan mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selamat serta melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni serta peduli terhadap isu-isu alam sekitar.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh JASWPKL semasa program ini ialah sesi pameran kesedaran, program pengumpulan e-waste dan buangan kitar semula, pendaftaran ahli baru Rakan Alam Sekitar (RAS), kuiz, dan Permainan Interaktif ‘Virtual Reality’.