Penerangan
11 Jun 2025, Kuala Lumpur – Unit Aduan dengan kerjasama Unit Pengawasan dan Kesedaran, Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menganjurkan Webinar Perkongsian Ilmu sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025. Webinar ini membawakan topik “Pengenalan kepada Pelepasan Daripada Kenderaan Bermotor”, yang dijalankan secara atas talian.
Pembentangan telah disampaikan oleh Encik Mohd Nor Irwan bin Othman, Ketua Unit Aduan JASWPKL. Sesi webinar ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 200 orang peserta dari pelbagai latar belakang.
JASWPKL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta yang telah meluangkan masa menyertai sesi ini secara atas talian. Diharapkan perkongsian ilmu ini dapat meningkatkan kesedaran orang awam mengenai isu pelepasan kenderaan bermotor serta memahami peranan dan tanggungjawab jabatan dalam mengawal pencemaran udara.