PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi

Merasmikan sambutan "Hari Bumi Sedunia yang ke-55" bertemakan “Our Power, Our Planet” di Politeknik Kuching Sarawak

JAS SARAWAK 26/06/2025 44 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Merasmikan sambutan "Hari Bumi Sedunia yang ke-55" bertemakan “Our Power, Our Planet” di Politeknik Kuching Sarawak
Organisasi
JAS Sarawak

Penerangan

Merasmikan sambutan "Hari Bumi seluruh Dunia yang ke-55" bertemakan “Our Power, Our Planet” di Politeknik Kuching sebentar tadi. Politeknik sebagai tuan rumah Penganjuran Sambutan Hari Bumi 2025 Peringkat Negeri Sarawak tahun ini. Tema ini menyeru peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui seperti solar, angin dan hidro untuk masa depan yang sihat, mampan dan makmur. Ia selari dengan visi PCDS 2023 Sarawak ke arah masyarakat sejahtera berasaskan inovasi menjelang 2030. Ia juga, sejajar dengan saranan YAB Premier Sarawak agar pembangunan industri baharu berasaskan kelestarian alam sekitar, dengan prinsip pembangunan lestari secara bersepadu di bawah inisiatif 2030. Hari Bumi mula disambut pada 22 April 1970 dan kini diraikan di 192 negara setiap tahun pada tarikh yang sama. Hadir sama, Datu Jack Anak Liam Controller Kualiti Alam Sekitar Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak; En. John Anak Rampai, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak; En Samsudin bin Mohd Saleh, Pengarah Politeknik Kuching; En Stephen Chin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Trienekens (Sarawak) Sdn. Bhd.; Cr. Tan Kai Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan dan Encik Othman bin Mohd Kolol, Ketua Kampung Trombol.