Penerangan
7 Mei 2025, KUCHING - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak telah menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca yang berpotensi menyebabkan sungai Maong Kiri dikategorikan sebagai tercemar berdasarkan status kualiti air bagi tahun 2024. Siasatan dan pemantauan dijalankan di sekitar Sungai Maong Kiri dan persampelan in-situ turut dijalankan di beberapa lokasi termasuk pemantauan udara menggunakan dron.
Semasa pemeriksaan tersebut, persampelan in situ dilaksanakan bagi menilai keadaan semasa kualiti air sungai. Pemantauan berterusaan dijalankan melalui persampelan akan datang.