PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Sektor Industri Di Bawah Projek River Recovery (R2) Sungai Plan, Bintulu Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2025

JAS SARAWAK 26/06/2025 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Sektor Industri Di Bawah Projek River Recovery (R2) Sungai Plan, Bintulu Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2025
Tahun
2025
Organisasi
JAS Sarawak

Penerangan

13 Mei, BINTULU - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak telah diberi tanggungjawab untuk mempromosikan kempen kesedaran penjagaan alam sekitar kepada pihak industri yang beroperasi di kawasan perindustrian Sungai Plan. Program hari ini juga telah dijadikan sebagai “signature event” kepada sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025 Peringkat Negeri Sarawak oleh JAS. Ini juga adalah selari dengan matlamat JAS iaitu “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama” dan juga Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) untuk menjadikan bandar Bintulu sebagai Low Carbon Industry Hub. Projek River Recovery (R2) adalah inisiatif berteraskan alam sekitar untuk membantu pembangunan lestari (sustainability development) di kawasan Bintulu khususnya. Projek ini dibiayai oleh syarikat Malaysia LNG Sdn Bhd dengan kerjasama agensi iaitu Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) dan agensi teknikal seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB). Program kolaborasi ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Majang Anak Renggi Timbalan Menteri Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak. Turut hadir ADUN Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu, Datu Haji Muhammad Yakup bin Kari; Pengurus Kanan Keselamatan, Kesihatan, Alam Sekitar MLNG Sdn Bhd, Mohd Haidy Mohd Serian; Ketua Cawangan JAS Cawangan Bintulu, Abdul Mazli Hafiz Abdul Malik; dan Ketua Pejabat NREB Bintulu, Franklin Brandah Edward Thomas.