Oleh charlie · 26/06/2025 · 0 paparan
21 Mei 2025, KUCHING - Seminar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974: Pematuhan syarat-syarat lesen dan penyerahan lesen premis yang ditetapkan buangan terjadual (PYDT-BT) 2025/2026 sempena sambutan Hari Bumi Sedunia Peringkat Negeri Sarawak dan Jubli Emas ke-50 Tahun Jabatan Alam Sekitar telah diadakan dengan jayanya di Wisma STA, Kuching. Seminar telah dirasmikan oleh En. John Anak Rampai, Pengarah JAS Sarawak dan telah dihadiri kira-kira 109 peserta. Seminar ini merupakan satu inisiatif Jabatan dan bertujuan memperkasakan lagi pemahaman dan pematuhan pihak industri terhadap syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam Jadual Pematuhan Lesen di samping memberi pendedahan dan pembelajaran secara praktikal kepada pihak industri terlibat di dalam keperluan mengisi data dan maklumat pengurusan buangan terjadual mereka di dalam sistem eSWIS V2. Seminar ini juga merupakan platform yang sesuai untuk industri terlibat dalam usaha menyebarluas penggunaan dan pemahaman terhadap sistem eSWIS V2 yang dibangunkan oleh Ibu Pejabat JAS. Seminar tersebut merupakan anjuran Kelab Kebajikan Sukan dan Kakitangan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak (KESSAR) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup