PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

Operasi Bersepadu (Ops Gerak) Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Dan Jabatan Pengangkutan Jalan

charlie 26/06/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Operasi Bersepadu (Ops Gerak) Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Dan Jabatan Pengangkutan Jalan
Tahun
2025
Organisasi
JAS Sarawak
Lokasi
Bintulu, Sarawak

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak telah menjalankan Operasi Gerak Bersepadu (Ops Gerak) bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Bintulu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawagan Bintulu serta Jabatan Alam Sekitar Cawangan Bintulu pada 22 Mei 2025. Operasi ini melibatkan seramai lima pegawai dari JAS Sarawak dan tiga anggota dari BSPT daerah Bintulu dan lima (5) anggota dari JPJ yang tertumpu kepada penguatkuasaan pelepasan asap hitam dari kenderaan diesel di bawah Peraturan 11(1) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Dari Kenderaan Enjin Diesel) 1996. Dalam operasi ini, JAS Sarawak telah menjalankan sebanyak 50 ujian visual dari pelbagai kenderaan berenjin diesel. Sebanyak tujuh kenderaan telah diuji dengan menggunakan meter asap dan daripada keseluruhan jumlah tersebut, sebanyak empat notis di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan yang mana memerlukan kenderaan-kenderaan ini menjalani kerja-kerja pembaikan dan perlu hadir semula di kemudahan PUSPAKOM berhampiran untuk ujian semula.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan