PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

Program Gotong-Royong Perdana Peringkat Bintulu, Sarawak

charlie 26/06/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program Gotong-Royong Perdana Peringkat Bintulu, Sarawak
Tahun
2025
Organisasi
JAS Sarawak
Lokasi
Bintulu, Sarawak

Penerangan

14 JUN 2025, BINTULU - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Bintulu telah menyertai Program Gotong-Royong Perdana Peringkat Bintulu bertempat di Pantai Ria Bintulu, hari ini. Program ini adalah anjuran Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri DUN N68 Tanjong Batu dengan kerjasama Pejabat Daerah Bintulu dengan penglibatan semua agensi kerajaan persekutuan, agensi negeri, pihak berkuasa tempatan, badan bukan kerajaan (NGO), beberapa sekolah menengah sekitar Bintulu serta orang awam. Seramai 200 orang terlibat menjayakan aktiviti kesedaran alam sekitar ini. Tujuan gotong-royong tersebut adalah untuk membantu pemulihan kawasan Pantai Ria yang terjejas dengan sampah sarap akibat banjir di Daerah Bintulu yang berlaku baru-baru ini. Perasmian program adalah oleh YB Johnny Pang Leong Ming. Menurut beliau, acara gotong-royong itu bukan sekadar mengutip sampah semata-mata, tetapi juga menunjukkan rasa penghargaan kepada alam sekitar, khususnya Pantai Ria yang merupakan salah satu kawasan rekreasi bagi penduduk setempat Bintulu. Kerjasama semua pihak diperlukan untuk menyahut kempen kebersihan alam sekitar ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan