Penerangan
20 MEI 2025, WP KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar WP Kuala Lumpur (JASWPKL) telah melengkapkan Program Pengawasan dan Persampelan Air Tanah di enam (6) buah stesen air tanah yang terletak di Wetland Putrajaya, Transfer Station Taman Beringin dan Lebuhraya Maju Express (MEX) bagi sukuan kedua tahun 2025.
Sebanyak 42 sampel air tanah telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa. Kualiti air bawah tanah dianalisa berdasarkan kepada Standard Kualiti Air Bawah Tanah Kebangsaan.
Sebanyak empat (4) kali persampelan telah dijalankan dalam tempoh setahun bagi tujuan memantau tahap kualiti air tanah serta memastikan kualiti alam sekitar sentiasa terpelihara.