Penerangan
29 MEI 2025, WP KUALA LUMPUR-Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah dijemput menyertai program Veolia Food & Beverage Sustainability 2005, yang merupakan platform serantau menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan dari pengilang industri makanan dan minuman bagi membincangkan cabaran, dasar dan teknologi terkini dalam pengurusan Menavigasi Peraturan Kemampanan makanan dan minuman secara mampan.
Kongres ini telah menampilkan penal perbincangan yang merangkumi pelbagai aspek berkaitan pengurusan sisa pepejal, termasuk pendekatan inovatif dan amalan terbaik dalam memperkukuh sistem pengurusan sisa di Malaysia.
Puan Hajah Zuraini binti Haji Ahmad Tajudin, Pengarah JASWPKL telah dijemput untuk membentangkan topik mengenai Menavigasi Peraturan Kemampuan dalam Sektor Makanan dan Minuman di Malaysia yang memberi tumpuan kepada rangka kerja perundangan, pelaksanaan sistem pengurusan buangan terjadual serta inisiatif strategik yang sedang dilaksanakan bagi memastikan pengurusan buangan berbahaya dijalankan secara sistematik, selamat dan lestari.
Penyertaan JASWPKL dalam kongres ini mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memperkukuh jaringan kerjasama pemain industri serta memperkasakan tadbir urus alam sekitar sejajar dengan matlamat pembangunan mampan negara.