PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

MESYUARAT PEMBENTANGAN PELAPORAN AKHIR HYDROGRAPHY SURVEY OLEH PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN) BAGI RANCANGAN PEMBANGUNAN POS KESELAMATAN (SEMENTARA) DI PERAIRAN PULAU LIGITAN, SABAH

chai 26/06/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PEMBENTANGAN PELAPORAN AKHIR HYDROGRAPHY SURVEY OLEH PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN) BAGI RANCANGAN PEMBANGUNAN POS KESELAMATAN (SEMENTARA) DI PERAIRAN PULAU LIGITAN, SABAH
Tahun
2025
Organisasi
Pejabat Komander ESSCOM Kementerian Dalam Negeri
Lokasi
Bilik Mesyuarat Utama, Aras 26, Blok A, Menara Kinabalu

Penerangan

Kehadiran: Ketua/Wakil Jabatan Persekutuan & Kerajaan Negeri, ESSCOM, MKN, Pusat Hidrografi Nasional. Ringkasan Mesyuarat: 1?? Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hj. Ag. Shahminan Hj. Ag. Sahari. Setiausaha Dalam Negeri & Penyelidikan. 2?? Pembentangan pelaporan/hasil kajian telah dibuat oleh pegawai dari Pusat Hidrografi Nasional mengenai cadangan dan kesesuaian lokasi pembangunan Pos Keselamatan (Sementara) di Perairan Pulau Ligitan. 3?? Beberapa pihak berkepentingan seperti Taman-Taman Sabah, Jabatan Laut, Jab. Tanah & Ukur dan lain-lain telah memberi ulasan ke atas hasil pembentangan ini. 4?? Wakil Jabatan telah memaklumkan Mesyuarat bahawa surat permohonan ulasan mengenai pembangunan ini telah diterima dari ESSCOM sebelum ini dan ulasan input pembangunan telah dikeluarkan bertarikh 27/2/2025. Pihak ESSCOM maklum ada menerima surat ini. 5?? Mesyuarat dimaklumkan projek tidak tertakhluk kepada pengemukaan Laporan EIA (PKKAS), 2015. Mesyuarat juga dinasihati untuk merujuk kepada Jab. Perlindungan Alam Sekitar untuk ulasan lanjut Jabatan berkenaan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan