PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN, PEMBAKARAN TERBUKA KAWASAN KLANG UTARA PADA 02 JUN 2025

normuhamad 26/06/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN, PEMBAKARAN TERBUKA KAWASAN KLANG UTARA PADA 02 JUN 2025
Tahun
2025
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
KLANG UTARA

Penerangan

2 Jun 2025 - Pasukan dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan rondaan dan pemantauan pencemaran di kawasan Klang Utara meliputi Kawasan Perindustrian Sungai Puloh, Sungai Kapar Indah serta beberapa lokasi lain seperti Jalan Kasban, Taman Meru Makmur, Jalan Hamzah di Kampung Budiman dan Jalan Haji Abdul Manan. Cuaca semasa rondaan adalah baik dan panas. Hasil pemerhatian mendapati kebanyakan premis di kawasan perindustrian tidak beroperasi. Tiada pencemaran udara dikesan, termasuk pelepasan asap hitam daripada cerobong premis. Pemeriksaan di saliran longkang sekitar premis juga tidak menunjukkan sebarang unsur pencemaran air. Selain itu, tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka dijumpai sepanjang rondaan. Secara keseluruhannya, keadaan di kawasan yang dipantau adalah baik dan terkawal daripada sebarang bentuk pencemaran.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan