PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN, PEMBAKARAN TERBUKA KAWASAN SUBANG JAYA PADA 01 JUN 2025

normuhamad 26/06/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN, PEMBAKARAN TERBUKA KAWASAN SUBANG JAYA PADA 01 JUN 2025
Tahun
2025
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
SUBANG JAYA

Penerangan

Rondaan telah dijalankan di kawasan perindustrian dan bengkel sekitar Subang Jaya dan Petaling Jaya, meliputi laluan seperti Lebuhraya Persekutuan, Jalan Petaling Jaya, Jalan Subang Jaya, Jalan Subang Utama, Jalan Subang 7, Jalan Subang 3, Jalan Kerjaraya dan Jalan Subang 5. Tumpuan diberikan khususnya di kawasan perindustrian Subang dan Petaling Jaya. Keadaan cuaca sepanjang rondaan adalah cerah dan panas pada sebelah pagi, dengan suhu sekitar 33°C. Menjelang jam 4.30 petang, cuaca menjadi mendung terutama di kawasan Petaling Jaya dan USJ. Hasil pemantauan mendapati kebanyakan premis tidak beroperasi kerana cuti hujung minggu dan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong. Pemeriksaan ke atas sistem saliran termasuk longkang dan sungai mendapati tiada sebarang pelepasan efluen berlaku. Tiada aktiviti pembakaran terbuka, pengeluaran asap dari premis, atau pelepasan dari cerobong dikesan. Secara keseluruhan, keadaan di kawasan perindustrian Subang Jaya dan Shah Alam adalah baik, terkawal dan tiada pencemaran dikesan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan