Penerangan
Jabatan Alam Sekitar Negeri (JAS) Selangor Caw. Sepang telah menjalankan operasi pemantauan dan pencegahan aktiviti pembakaran terbuka (OMPT) serta pemantauan tanah gambut di daerah Sepang. Rondaan darat melibatkan pelbagai lokasi termasuk Salak Tinggi, Jalan Salak Lama, Pekan Salak Lama, Kampung Giching, Jalan KLIA-LCCT, Jalan Pekeliling, Jalan Batu 1, Jalan Sungai Pelek, Hulu Chuchoh, Jalan Tailong, Jalan Balairaya, Jalan Agro, Jalan Sempadan Airport, Jalan Sungai Pelek – Bukit Bangkong, Pantai Bagan Lalang, Jalan Kepah, Jelutong Indah, Sepang Industrial Park, Jalan Belakang Kiri, Tanjong Mas, Jalan Giching, Kampung Lembah Paya, Salak Lama dan Kota Warisan.
Pemantauan berkala turut dijalankan ke atas kawasan pertanian, khususnya aktiviti penanaman buah naga serta kebun di sekitar lokasi tersebut. Selain itu, kawasan tanah gambut berhampiran KLIA dan Sungai Pelek turut diperiksa. Tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka dikesan sepanjang rondaan di semua kawasan tersebut. Pemeriksaan juga dilakukan di tapak bina sekitar Sungai Pelek – Bagan Lalang, namun tiada kegiatan pembakaran terbuka ditemui. Keadaan cuaca semasa rondaan adalah cerah dan baik, membolehkan pemantauan dijalankan dengan lancar.