PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN HARIAN RONDAAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR CAWANGAN KAJANG 01 JUN 2025

normuhamad 30/06/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN HARIAN RONDAAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR CAWANGAN KAJANG 01 JUN 2025
Tahun
2025
Organisasi
JAS SELANGOR CAW. KAJANG
Lokasi
KAJANG

Penerangan

Pada 1 Jun 2025 (Ahad), satu operasi siasatan dan rondaan telah dijalankan oleh JAS Kajang di beberapa lokasi dalam daerah Hulu Langat. Siasatan pertama melibatkan aduan pembakaran terbuka (PT) di Seksyen 5, Bandar Baru Bangi. Hasil siasatan mendapati premis kitar semula yang dimaksudkan tidak melakukan PT, namun satu longgokan sampah haram dengan kesan pembakaran ditemui berhampiran. Pihak berkuasa telah memasang kain rentang larangan PT dan mengkondomkan kawasan tersebut. Aduan ini akan dirujuk kepada MPKJ kerana lokasi terletak di bahu jalan yang disyaki merupakan tanah rezab jalan. Siasatan kedua berkaitan aduan bau minyak di Taman Seri Kota, Kajang. Pengadu mendakwa bau tersebut datang dari belakang rumahnya. Siasatan awal mendapati terdapat sebuah bengkel motosikal dalam jarak 100 meter dari rumah pengadu yang disyaki menjadi punca bau tersebut, namun bengkel berkenaan ditutup ketika lawatan dibuat. Siasatan susulan akan dilakukan pada hari bekerja. Selain itu, rondaan turut dijalankan di beberapa kawasan perindustrian termasuk Sungai Purun, Jalan Bangi Lama – Semenyih, Kawasan Industri Mega, Ria dan Sungai Chua. Hasil rondaan mendapati tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka atau pencemaran dikesan di semua kawasan ini. Pemeriksaan lanjut ke atas premis-premis di kawasan tersebut juga tidak menemui sebarang aktiviti pencemaran. Pemantauan industri dijalankan bertujuan mengesan dan mencegah pencemaran khususnya yang boleh menjejaskan sungai.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan