Penerangan
31 Mei 2025, Ipoh- Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dijemput oleh Masjid Muhammad Al-Fateh bagi memberi ceramah bertajuk Masjid Lestari-Hab Kelestarian Alam Sekitar yang telah disampaikan oleh Pegawai Kawalan Kanan JAS Perak Puan Aini Oriza Binti Ramli.
Ceramah tentang kepentingan peranan institusi Masjid dalam melestarikan alam sekitar bagi pembangunan masyarakat harmoni demi kesihatan manusia.
Semoga maklumat dan gambaran yang jelas tentang kepentingan institusi masjid kearah pembangunan ummah secara holistik dapat memberi impak demi generasi masa hadapan.
Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan diatas komitmen pihak masjid dalam menjalankan pelbagai program alam sekitar yang bermanfaat kepada khariah setempat.
#NRES
#hariozonsedunia2025
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_jun2025
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari