PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

Ceramah Penjagaan Alam Sekitar dan Pembakaran Terbuka

nasir.ibrahim 06/06/2025 3 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Ceramah Penjagaan Alam Sekitar dan Pembakaran Terbuka
Tahun
2025
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
JOHOR BAHRU

Penerangan

05 Jun 2025, JOHOR BAHRU - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah dijemput oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) sebagai salah satu penceramah bagi slot bertajuk "Penjagaan Alam Sekitar dan Pembakaran Terbuka" yang telah disampaikan oleh Pegawai Kawalan JAS Johor Encik Wong Zhi Jian. Tujuan ceramah ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengusaha ladang nanas khususnya berkaitan kepentingan penjagaan tanah gambut serta kesan pembakaran terbuka khususnya di atas tanah gambut yang akan mengakibatkan pencemaran udara. Diingatkan bahawa kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, AKAS, 1974 dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit (RM25,000.00) dan tidak melebihi satu juta ringgit (RM 1 juta) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihi lima ribu ringgit (RM 5,000.00) bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan selepas suatu notis diserahkan atau boleh dikenakan kompaun dengan suatu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus (50%) daripada denda maksimum.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan