Penerangan
19 - 23 MEI 2025, JOHOR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor terdiri daripada lima (5) Cawangan dan empat (4) Unit Penguatkuasaan telah menjalankan Ops Gempur Bil. 2/2025 bagi kawasan seliaan Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) memfokuskan premis yang beroperasi di Daerah Kulai dan sebahagian Daerah Pontian.
Ops Gempur ini menumpukan kepada premis yang tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) seperti PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009. Selain itu, pematuhan kepada PPKAS (Udara Bersih) 2014 dan PPKAS (Buangan Terjadual) 2005 juga disemak.
Sebanyak 17 premis disyorkan tawaran sebanyak 65 kompaun bagi pelbagai kesalahan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974, 18 premis dikenakan tindakan Notis Arahan dibawah Seksyen 31 dan 37, AKAS 1974 dan dua (2) premis dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) dibawah Seksyen 38(1)(a), AKAS 1974 atas kesalahan serius bagi pengurusan efluen perindustrian dan kegagalan alat kawalan pencemaran udara dari segi rekabentuk yang tidak mengikut Garis Panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan.