Penerangan
4 JUN 2025 - KOTA TINGGI - Siasatan dan pemantauan ke atas aduan orang awam berkaitan pembakaran terbuka di Kota Tinggi, Johor telah dijalankan oleh pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Cawangan Pengerang.
Hasil siasatan mendapati terdapat kesan pembakaran terbuka dilakukan di lokasi pembinaan. Pegawai penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Cawangan Pengerang telah mengarahkan untuk kesan pembakaran dibersihkan dan memasang banner Larangan Pembakaran Terbuka di tapak pembinaan tersebut. Amaran larangan pembakaran terbuka juga telah diberikan kepada pekerja di tapak pembinaan tersebut dan tindakan penguatkuasaan tegas akan dikenakan sekiranya kesalahan berulang.
Diingatkan bahawa kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, AKAS, 1974 dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit (RM25,000.00) dan tidak melebihi satu juta ringgit (RM 1 juta) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihi lima ribu ringgit (RM 5,000.00) bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan selepas suatu notis diserahkan atau boleh dikenakan kompaun dengan suatu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus (50%) daripada denda maksimum.