Penerangan
5 Jun 2025, MALIM - Pasukan rondaan OMPT JAS Melaka telah menyiasat aduan pembakaran terbuka di Malim, Melaka pada 2 Jun 2025 yang lalu.
Hasil siasatan mendapati lokasi aduan ini adalah kawasan penstoran sisa bahan lusuh seperti paip tembaga dan bahan logam lain berskala kecil. Lokasi penstoran adalah di belakang rumah pelaku.
Pegawai penyiasat telah melekatkan banner Larangan Pembakaran Terbuka dan wakil penduduk juga hadir semasa siasatan dijalankan. Pelaku didapati mempunyai sebuah gudang penstoran sisa barang lusuh di kawasan Industri Malim dan mempunyai lesen pengendalian barangan lusuh.
Pelaku diarahkan memindah semua barangan lusuh ke gudang yang berada di Industri Malim dan amaran telah diberikan supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti pengasingan dan penstoran sisa barangan lusuh di kawasan perumahan.
Syor pemantauan berterusan dikawasan perumahan tersebut bagi mencegah aktiviti pembakaran terbuka berulang.
#JabatanAlamSekitar
#JasMelaka
#alamsekitartanggungjawabbersama
#KementerianSumberAsliDanKelestarian