Penerangan
Pasukan ronda Jabatan Alam Sekitar Melaka mendapati tiada aktiviti pembakaran terbuka semasa siasatan dijalankan dilokasi yang diadu pada 25 Mei 2025. Lokasi tersebut dikenalpasti sebagai tapak pembuangan sampah secara haram. Pasukan ronda Jabatan Alam Sekitar Melaka telah memasang banner larangan pembakaran terbuka di tapak tersebut. Tindakan lanjut iaitu dengan memaklumkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan SWCorp bagi langkah pencegahan dan penguatkuasaan selanjutnya dibawah bidang kuasa mereka.
#JabatanAlamSekitar
#JasMelaka
#alamsekitartanggungjawabbersama
#KementerianSumberAsliDanKelestarian