OPS GERAK KENDERAAN BERMOTOR NEGERI MELAKA
27 MEI 2025, TOL SIMPANG AMPAT ALOR GAJAH, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan Ops Gerak dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bahagian Trafik, IPD Alor Gajah bertempat di Tol Simpang Ampat, Alor Gajah Melaka.
Operasi ini telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan pelepasan asap dari kenderaan diesel.
Sebanyak Lima Puluh Sembilan (59) kenderaan telah diperiksa dan diuji. Sebanyak 2 kompaun, 2 perintah larangan dan 2 notis arahan di keluarkan dibawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Orang ramai diminta untuk membantu Jabatan Alam Sekitar dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke
[email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
#KementerianSumberAslidanKelestarianAlam
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka