Penerangan
31 Mei 2025, Shah Alam – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Subang Jaya telah menjalankan operasi statik bersepadu “Ops Gerak” di Stesen LRT USJ 21, Persiaran Kewajipan (Arah LDP).
Sebanyak 603 buah kenderaan berenjin petrol pelbagai jenis telah diperiksa. Daripada jumlah tersebut, 10 buah kenderaan telah ditahan untuk pengujian pelepasan Karbon Monoksida dan Hidrokarbon menggunakan “Gas Analyser”.
Tiga (3) buah kenderaan telah dikenakan tindakan Notis Arahan pemeriksaan semula di PUSPAKOM di bawah Seksyen 48A(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Orang awam adalah diingatkan untuk sentiasa memastikan kenderaan anda diselenggara dengan baik bagi mengelakkan ketidakpatuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan dibawahnya serta pencemaran udara.