PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA TAPAK SAMPAH HARAM BERHAMPIRAN JALAN PRESINT 15, PUTRAJAYA DAN SUNGAI MERAB, SELANGOR OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SELANGOR CAWANGAN SEPANG

normuhamad 06/06/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA TAPAK SAMPAH HARAM BERHAMPIRAN JALAN PRESINT 15, PUTRAJAYA DAN SUNGAI MERAB, SELANGOR OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SELANGOR CAWANGAN SEPANG
Tahun
2025
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
SEPANG

Penerangan

31 Mei 2025, Sepang – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Sepang telah menerima aduan pembakaran terbuka daripada Tapak Sampah Haram yang terletak berhampiran dengan Jalan Presint 15, Putrajaya dan Sungai Merab, Selangor. Pasukan Penguatkuasa JAS Cawangan Sepang telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi siasatan lanjut. Hasil siasatan mendapati bahawa terdapat aktiviti pembuangan sampah haram daripada sisa pepejal bercampur di persimpangan masuk jalan utama kawasan tersebut. Siasatan juga mendapati bahawa masih terdapat kesan pembakaran aktif daripada timbunan sampah tersebut. Pasukan Penguatkuasa JAS telah menghubungi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Dengkil bagi membantu dalam menjalankan kerja-kerja pemadaman. Perkara ini akan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang berkaitan bagi tindakan penyelesaian di bawah bidang kuasa masing-masing.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan