Penerangan
22 MEI 2025, WP KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersama Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menganjurkan program “Eco Fiesta : Nature 4 Nature” bersempena dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025.
Program anjuran Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini diadakan di Sekolah Menengah Islam Institut Quran Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti pameran alam sekitar, program pengumpulan e-waste, permainan interaktif Virtual Reality (VR), Kuiz dan pelbagai sukaneka yang menarik. JASWPKL turut membuka peluang bagi pendaftaran keahlian baru Rakan Alam Sekitar (RAS) secara atas talian.
Terima kasih diucapkan kepada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM di atas kejayaan dan komitmen dalam penganjuran program ini. Diharapkan program seperti ini dapat memberi pengalaman dan pendedahan yang berguna kepada golongan pelajar-pelajar sekolah mengenai kepentingan pengurusan alam sekitar.