PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAWATAN PENGUATKUASAAN JAS PERAK KE KILANG SAWIT DAERAH PERAK TENGAH

maizah 03/06/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN PENGUATKUASAAN JAS PERAK KE KILANG SAWIT DAERAH PERAK TENGAH
Tahun
2025
Organisasi
JAS PERAK
Lokasi
PERAK TENGAH

Penerangan

Perak Tengah, 29 Mei 2025- Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan penguatkuasaan bagi melihat pematuhan kilang terhadap beberapa isu pongurusan sisa daripada proses berkaitan dgn pengurusan tandan kosong, pengurusan air efflluen sawit mentah ( POME) dan pematuhan pelepasan pencemar udara. Antara cadangan penambahbaikan yang dicadangkan adalah pemasangan CCTV di kawasan kolam rawatan effluen untuk memantau freeboard kolam dan keadaan kolam-kolam rawatan serta pemantauan cerobong daripada alat kawalan pembakaran bahan api dan sistem kawalan pencemaran yang digunakan. Semasa lawatan, YBhg Dato' Dr. Ts. Hj Mohammad Ezanni bin Mat Salleh, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak memaklumkan supaya pihak pengurusan kilang mengambil serius berkaitan pengurusan tandan kosong perlu diperbaiki dan pemantauan kilang secara atas talian secara real time menggunakan CCTV hendaklah dilaksanakan dengan segera. Selain itu, pemantauan kendiri secara insitu bagi kolam rawatan sedia ada perlu dilaksanakan setiap hari bagi memantau keberkesanan rawatan tersebut. Pihak kilang diharapkan dapat mematuhi arahan yang telah dikeluarkan bagi memastikan pematuhan kepada syarat lesen secara berterusan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan