Penerangan
Ketua Pengarah Alam Sekitar, YBhg. Dato' Wan Abdul Latiff Wan Jaffar,telah merasmikan pejabat baharu Jabatan Alam Sekitar (JAS), iaitu Pejabat JAS Cawangan Kluang. Jabatan percaya bahawa infrastruktur pejabat yang baik perlu disokong dengan kelengkapan yang mencukupi dan sesuai, supaya penyampaian perkhidmatan kepada orang awam dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan.
JAS sebagai agensi utama yang menggalas tanggungjawab besar dalam perlindungan alam sekitar negara, adalah amat penting dalam memastikan bahawa setiap cawangan jabatan dilengkapi dengan kemudahan dan prasarana yang dapat meningkatkan daya tindak serta kapasiti pengurusan isu-isu alam sekitar di peringkat akar umbi.