Penerangan
24 Mei 2025, Sepang - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menerima jemputan daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk mengadakan Pameran Kesedaran Alam Sekitar bersempena dengan Program Kempen Bebas Plastik Negeri Selangor (Siri 1) di Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor.
Program Kempen Bebas Plastik tersebut telah dirasmikan oleh YB. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor dan turut disertai oleh wakil-wakil pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Kempen tersebut diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat di Negeri Selangor serta mempergiatkan usaha bagi menjayakan program pengurangan beg plastik ke arah sifar plastik menjelang tahun 2030.
Selain pameran, JAS Negeri Selangor turut menyediakan kemudahan pendaftaran Ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) secara atas talian kepada pengunjung yang hadir. Program Rakan Alam Sekitar (RAS) merupakan inisiatif JAS dalam membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.
JAS Negeri Selangor amat komited untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat ke arah alam sekitar yang mampan dan lestari.