Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

PROGRAM SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA (WED) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN BAGI TAHUN 2025

Oleh nursyadah · 30/05/2025 · 2 paparan

PORT DICKSON, 22 Mei 2025 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dengan kerjasama Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar (TNB Genco) telah menganjurkan Program Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Sembilan bagi Tahun 2025. Program ini dilaksanakan sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025 yang membawa tema “Ending Plastic Pollution”. Perasmian Program sambutan tersebut diadakan di Masjid Kg. Paya, Port Dickson yang telah dirasmikan oleh YB Dr. Rajasekaran a/l Gunnasekaran, Adun Sri Tanjung, Port Dickson. Bertepatan dengan tema “Ending Plastic Pollution” beliau menyeru kepada hadirin untuk mengurangkan penggunan plastik seterusnya mengelakkan penggunaan plastik sekali guna dalam mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar. Program melibatkan 300 orang daripada komuniti kampung - kampung sekitar Kg. Paya, kakitangan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, kakitangan TNB Genco, guru-guru pengiring, pelajar-pelajar daripada Sekolah Kebangsaan Kg. Gelam dan Sekolah Menengah Agama Chuah yang juga merupakan ahli Rakan Alam Sekitar. Antara pengisian program adalah ‘enviro walk’ sekitar kawasan Kampung Paya, pendaftaran ahli baharu RAS, demonstrasi pengendalian dron, demonstrasi pemantauan kualiti air sungai dengan menggunakan YSI dan pengumpulan e-waste dikalangan komuniti. Diharapkan dengan aktiviti seperti ini akan dapat sama sama menjaga alam sekitar dan mendekatkan jabatan dengan komuniti setempat. #NRES #jasn9 #AlamSekitarTanggungjawabBersama #ewastedikitarbumiterpelihara

Penganjur
DOE NEGERI SEMBILAN
Fail / Media (2)
  • 20252805115055897.jpeg .jpeg Buka
  • 20252805115100007.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS