Penerangan
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG
TARIKH : 13.05.2025 (Selasa)
MASA : 8.00 am - 5.00 pm
ANGGOTA : PPKK JJ, PJ MH & PO AY
TUGAS :
1. Siasatan aduan PT bersebelahan SMK Pengiran Omar ll, Sipitang.
2. ?Penguatkuasaan CAC di premis Packaging, Beaufort.
3. ?Rondaan darat.
KAWASAN RONDAAN:-
Sipitang - Beaufort - Membakut - KK.
PENEMUAN :
1? Aduan PT di SMKPO2
- Aduan disampaikan pada 12hb (cuti umum) dan BOMBA telah memadamkan api.
- ?Aktiviti pembukaan tanah dalam anggaran 15 ekar tetapi pasukan penyiasat tidak menemui pekerja tapak berkenaan.
- ?Menurut pengadu (guru) aktiviti PT itu dibuat semasa hujung minggu dan cuti umum menyebabkan asap kawasan sekolah dan kampung.
- ?IO memaklumkan PT telah padam, dron diterbangkan memantau seluruh kawasan berkenaan dan tiada pekerja dan individu di tapak itu. Pemantauan akan dijalankan dari masa ke semasa ke tapak berkenaan.
2?? Premis Packaging
- Premis tidak beroperasi semasa pemeriksaan. Proses menghasilkan kotak kertas bercetak.
- ?Mesin corrugator adalah punca efluen iaitu air cucian mesin disalur ke sebuah sump. Pasukan penguatkuasa menyusur paip pam sump ini dan mendapati ianya disalur ke mainhole.
- Manhole ini mempunyai 13 kolum digunakan menyimpan sisa cucian gam tetapi tidak merawatnya. Berlaku pengeluaran cecair putih ke longkang awam setiap kali kerja pencucian dibuat ke atas mesin corrugator. Wakil premis memaklumkan penggunaan air dianggarkan 1000 liter sebulan.
- ?SPE yang dibina hanya merawat efluen sisa dakwat sahaja. SPE ini dibina pada tahun 2014 dan mendapat PB. Manhole itu pula telah dibina sejak 2018 tetapi tiada sebarang notifikasi.
- ?Tiada aktiviti PT dikesan.
3?? Rondaan darat
- Tiada PT dikesan
TINDAKAN PENGUATKUASAAN
1?? PT di SMKPOll
1. Lawatan susulan pada 16hb untuk memastikan tiada lagi PT.
2. ?Memaklumkan pengadu dan aduan adalah selesai.
2?? Premis Packaging
1. FC: menyenggara stor BT, melantik OYB BT, mengemaskini rekod Pemberitahuan Raw Material / SW dengan tepat. Sisa cucian yang disalurkan ke sump perlu diolah ke dalam loji SPE. Premis dikehendaki membentangkan pelan binaan SPE baru/tambahan untuk punca baru efluen ini kepada JAS KK dan melantik juru perunding yang pakar.
2. ?Sampel komposisi buangan di sump dan 1 set sampel BOD5 di TPA telah diambil untuk dihantar ke JKM KK.
3. ?Susul FC kepada Notis.
Cuaca : Panas
Sekian.