PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

KUNJUNGAN HORMAT GAS MALAYSIA BERHAD KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERAK (JAS PERAK)

maizah 28/05/2025 3 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT GAS MALAYSIA BERHAD KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERAK (JAS PERAK)
Tahun
2025
Organisasi
JAS PERAK
Lokasi
JAS PERAK

Penerangan

20 Mei 2025, Ipoh – Sekitar kunjungan hormat oleh delegasi dari Gas Malaysia Distribution Sdn Bhd bagi membentangkan sistem jaringan paip gas asli di kawasan-kawasan Negeri Perak. Dato’ Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, YBrs. Dato’ Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh berbesar hati menyambut kedatangan Gas Malaysia Berhad di pejabat ini. Di dalam pertemuan tersebut, Gas Malaysia Berhad menyatakan hasrat kerjasama melestarikan alam sekitar dengan penukaran bahan api kepada gas asli oleh pemain-pemain industri di Negeri Perak yang berpotensi sebagai prospek pengguna pada masa hadapan. Perbincangan, nasihat dan isu terkini alam sekitar telah disambut baik oleh kedua-dua belah pihak. Turut hadir di dalam pertemuan tersebut ialah pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. Semoga ukhwah yang terjalin dapat diteruskan bagi pembangunan dan kelestarian alam sekitar. #NRES #hariozonsedunia2025 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_mei2025 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan