Penerangan
27 MEI 2025, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka bersama Bahagian Air dan Marin, Ibu Pejabat telah menjayakan Program Audit Stesen Pengawasan Kualiti Air Tanah di ketiga- tiga stesen pemantauan kualiti air tanah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka pada 13 dan 20 Mei 2025. Lokasi nya ialah di Cawangan Taboh Naning, Tapak Pelupusan Sungai Udang dan Melaka Refinery Company Snd Bhd Sungai Udang.
Program audit ini diketuai oleh Puan Lili Suhana Binti Adnan, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Air dan Marin , Ibu Pejabat serta pegawai lain. Oleh itu, kehadiran ini juga disambut baik oleh Timbalan Pengarah JASNM, Tuan Mohd Suhaimi Bin Azmi dan pegawai-pegawai dari Unit Pengawasan JASNM. Sehubungan itu, program ini bertujuan untuk melihat cara kerja dan pengurusan dalam pelaksanaan pengawasan air tanah di JASNM dan penghantaran sampel tersebut ke Jabatan Kimia Bukit Katil, Melaka.
Oleh itu, berdasarkan hasil audit tersebut, Pihak ibu pejabat sangat berpuas hati berkenaan cara pergurusan peralatan persampelan yang dipraktikan oleh JASNM serta memuji khususnya kepada pegawai-pegawai Unit Pengawasan JASNM kerana dapat melaksanakan dengan kreatif dan inovatif semasa kerja-kerja persampelan dijalankan di lapangan. Disamping itu juga ada beberapa perkara yang perlu perbincangan lanjut bagi menambah baik dalam prosedur pelaksanaan persampelan pengawasan ini pada masa akan datang.
#KementerianSumberAslidanKelestarianAlam
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka