PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PROGRAM 3R MARKET @ BATU GAJAH - HARI KITAR SEMULA BERSAMA KOMUNITI ANJURAN MAJLIS DAERAH BATU GAJAH, PERAK

maizah 28/05/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM 3R MARKET @ BATU GAJAH - HARI KITAR SEMULA BERSAMA KOMUNITI ANJURAN MAJLIS DAERAH BATU GAJAH, PERAK
Tahun
2025
Organisasi
MDBG
Lokasi
BATU GAJAH

Penerangan

17 MEI 2025, BATU GAJAH – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah dijemput bagi menghadiri Program 3R Market @ Batu Gajah - Hari Kitar Semula Bersama Komuniti yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Batu Gajah di Batu Gajah, Perak. Program ini telah dirasmikan oleh ADUN Tronoh iaitu YB Steven Tiw Tee Siang. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung antaranya pertandingan plogging, mewarna, inovasi 3R hiasan rumah, dan inovasi 3R hiasan diri. Selain itu pengumpulan sisa buangan eletrik & eletronik (e-waste) juga diadakan di sini bagi memberi kesedaran mengenai pengurusan e-waste dan membudayakan amalan pelupusan e-waste dengan kaedah yang betul. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat di daerah Batu Gajah khususnya. Tahniah diucapkan kepada Majlis Daerah Batu Gajah. #NRES #hariozonsedunia2025 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_mei2025 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan