Penerangan
Kursus Asas Telaga Pemantauan dan Pengambilan Sampel Kualiti Air Tanah.
15 Mei 2025- Jabatan Pengairan Dan Saliran Melaka (JPS) telah mengadakan Kursus Asas Telaga Pemantauan dan pengambilan sampel kualiti air tanah yang di tempatkan di Sekolah Kebangsaan Pantai Kundor. Kursus tersebut telah dihadiri oleh pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka, pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat, pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) dan guru Sekolah Pantai Kundor. Kursus tersebut bertujuan memberi pendedahan berkaitan tatacara penyediaan dan pemantauan untuk kualiti air tanah. Selain itu juga, demonstrasi pengerudian telaga turut ditunjukkan bagi fahaman semua pegawai terlibat dalam pembinaan stesen pengawasan tersebut.
Dimaklumkan, empat (4) stesen baru telaga pemantauan bagi pengambilan sampel kualiti air tanah telah siap dibina dan dalam proses penyerahan dari JPS ke Ibu Pejabat, Jabatan Alam Sekitar. Dimaklumkan juga pengawasan bagi stesen baru ini akan bermula pada tahun 2026.