PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS BAGI JAS TERENGGANU

maisarah 30/05/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS BAGI JAS TERENGGANU
Tahun
2025
Organisasi
UNIT PENGUATKUASAAN
Lokasi
jalan Marang- Dungun

Penerangan

1.Team rondaan telah mengesan pembakaran terbuka di tepi jalan Marang- Dungun.Pembakaran sisa pokok rhu di hadapan Asrama Anak Yatim (Perkaya) Kampung Kuala Tengah, Marang. Aktiviti gotong royong membersihkan sisa pokok rhu oleh petugas rumah anak yatim. Peringatan lisan telah diberikan supaya tidak membuat pembakaran terbuka. 2.Pasukan rondaan membuat pemantauan di kawasan tanah gambut batu 7, Balai Besar, Dungun. Pemantauan di buat mendapati tiada kebakaran tanah gambut berlaku. Pemantauan di kawasan check dam mendapati aras air adalah tinggi. 3.Team rondaan membuat pemantauan kilang di kawasan industri batu 7, Dungun antara premis/kilang dipantau; i. Awie Metal S/B ii. Xoric S/B iii. Batching plant ECRL Didapati tiada aktiviti yang melanggar AKAS 1974 4.Team rondaan membuat pemantauan pantai di Pantai Paka. Di dapati tiada sebarang tumpahan minyak dan tarball di kawasan pantai tersebut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan