- Tajuk
- LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS
JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN KEMAMAN
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- UNIT PENGUATKUASAAN
- Lokasi
- Kaw. Mukim Chukai, Kuala Kemaman, Jakar, Mak Lagam, Pasir Semut, Mak Chili,Ibok, Binjai, Bakau tinggi, Bukit Kuang dan Chukai.
Penerangan
1. Tujuan Rondaan
Aktiviti rondaan daratan dijalankan bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap premis serta lokasi yang berisiko tinggi mudah terbakar termasuk tanah gambut, tapak pelupusan sampah, hutan simpan, tanah semak terbiar, tanah pertanian, serta kawasan perindustrian.
2. Kawasan Pemantauan
Rondaan hari ini melibatkan pemantauan di Kaw. Mukim Chukai, Kuala Kemaman, Jakar, Mak Lagam, Pasir Semut, Mak Chili,Ibok, Binjai, Bakau tinggi, Bukit Kuang dan Chukai.
Hasil pemerhatian mendapati tiada sebarang aktiviti mencurigakan atau pencemaran yang dikesan di kawasan ini.
3. Pemantauan Projek Check Dam
Projek sistem saliran dan pembinaan Check Dam di Kawasan sg kg Mak Lagam No. TCD45 turut dipantau. Hasil pemerhatian mendapati check dam beroperasi dengan baik dan bacaan aras air ialah 0.92m.
4. Kempen Kesedaran
Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi Mak Chili sebagai peringatan dan amaran kepada di kawasan yang berpotensi berlakunya Pembakaran terbuka.
6 . Senarai Premis yang Dipantau di kawasan Perindustrian
* Eastern steel
* Tekad Nexus
* Hoerbiger
* Rainbaw
* DD plastics
* Great Sama